Bab 2
Struktur Sel &
Organisasi Sel
Kain sutera
lembutnya tekstur,
Berbunga-bunga
bercorak dahan,
Sel mempunyai
pelbagai struktur,
Sel haiwan dan
sel tumbuhan.
Hati-hati
memilih sebaya,
Jangan diikuti
perangai malas,
Sel tumbuhan ada
bezanya,
Lihatlah pada
vakuol dan kloroplas.
Kalah menang
adat berlawan,
Sokongan padu
rakyat jelata,
Tiada dinding
sel pada haiwan,
Bentuknya
berubah tidak sekata.
Cuba atasi leher
terkehel,
Mata rabun
menjadi jelas,
Nukleus mengawal
aktiviti sel,
Fotosintesis
berlaku di dalam kloroplas.
Sebagai penyedap
kuntuman kesom,
Gulai tempoyak
ikan patin,
Retikulum
endoplasma licin tiada ribosom.
Retikulum
endoplasma kasar sintesis protein
Jaga kesihatan
juga makan,
Air bersih badan
bertenaga,
Daripada
mitokondria tenaga dihasilkan,
Proses kehidupan
memerlukan tenaga.
Bab 3
Pergerakan Bahan
Merentasi Plasma Membran
Rajin bekerja
kebajikan terpelihara,
Tidak bekerja
kehidupan daif,
Pengangkutan
molekul dua cara,
Pengangkutan
pasif pengangkutan aktif.
Sejuk pagi bermandikan
telaga,
Ayam berkokok
saambil mengais,
Pengangkutan
aktif terbahagi tiga,
Resapan ringkas
dan berbantu serta osmosis.
Mana datangnya
si anak lipan,
Bergerak laju di
celah pasir,
Gas,lipid
bergerak secara resapan,
Pergerakan
osmosis melibatkan air.
Rahsia wajah
tidaklah tua,
Banyakkan
senyuman gelak ketawa,
Resapan berbantu
melibatkan dua,
Protein saluran
dan protein pembawa.
Tidaklah sukar
membela itik,
Berikan makanan
tepat waktunya,
Kepekatan
hipotonik,isotonik dan hipertonik,
Ada perbezaan
ketiga-tiganya.
Menyiang ikan
terluka tangan,
Darah keluar
sakit tertahan,
Isotonik berada
tahap keseimbangan,
Sel tidak
mengalami perubahan.
Bab 4
Komposisi Kimia Di
dalam Sel
Ibu tunggal
anaknya lapan,
Anak bongsu
leher terkehel,
Sel unit asas hidupan,
Pelbagai unsur
di dalam sel.
Masam rupanya
buah lemon,
Enak dimakan
cuaca redup,
Sebatian organik
mengandungi karbon,
Berasal daripada
organisma hidup.
Mengimbau
nostalgia irama klasik,
Terasa duka air
mata mengalir,
Apa pula
sebatian tak organik,
Contohnya
seperti asid dan air.
Cerita dongeng
sememangnya karut,
Apabila
mendengar janganlah hairan,
Air bertindak
sokongan dan pelarut,
Untuk
pengangkutan juga pelinciran.
Asap kilang
kotor berjelaga,
Udara tercemar
menyesakkan dada,
Karbohidrat pula
terbahagi tiga,
Monosakarida,
disakarida juga polisakarida.
Pasangan mesra
seperti belangkas,
Anggun sekali
berkebaya nyonya,
Monosakarida
adalah karbohidrat ringkas,
Glukosa,
fruktosa antara contohnya.
Bab 5
Pembahagian Sel
Enak menikmati hidangan
laksa,
Kuah dihirup
sehingga habis,
Profasa,
metafasa,anafasa, telofasa,
Empat peringkat
dalam mitosis,
Penat mencari
buah berangan,
Badan berpeluh
muka berminyak,
Proses mitosis
ada kepentingan,
Sel soma
membahagi banyak.
Berpuas hati
gaji pertama,
Berkat usaha
menjual karpet,
Sel mitosis
dipanggil sel soma,
Sel meiosis
dipanggil sel gamet.
Rajin bersenam
di usia tua,
Hidup sihat
tidak tertekan,
Proses meiosis
terbahagi dua,
Banyak berfokus
mengenai pembiakan.
Berenang-renang
si anak itik,
Mengiau-ngiau si
kucing Parsi,
Proses mitosis
mengekalkan genetik,
Proses meiosis
menghasilkan variasi.
Perabot
diperbuat daripada rotan,
Rotan berkualiti
di tepi bukit,
Meiosis
terganggu menyebabkan kecacatan,
Syndrome Down
antara contoh penyakit.
No comments:
Post a Comment