Friday, July 19, 2013

Bab 3: Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma (Pengangkutan Aktif & Pengangkutan Pasif)

Pergerakan Bahan Merentasi Plasma Membran: Pengangkutan Pasif & Aktif
“Naik Bukit Turun Bukit”

Bio-Grafik 


Bio-Inovatif

1.Apabila naik bukit, pendaki akan bergerak dari bawah bukit yang berkedudukan rendah hinggalah akhirnya tiba ke puncak bukit yang berkedudukan tinggi. Untuk  naik bukit, seseorang menggunakan tenaga yang banyak berbanding dengan aktiviti turun bukit.

2.Pendaki  bernasib baik kerana syarikat ATP sudi memberi sumbangan dalam bentuk wang, tenaga dan makanan bagi menjayakan aktiviti ini. Jadi pendaki dapat membawa makanan samada protein atau suplemen tambahan (seperti molekul atau ion) untuk tujuan kecergasan.

3.Sebaliknya apabila pendaki turun bukit, seseorang tidak menggunakan tenaga yang banyak berbanding dengan aktiviti  naik bukit.  Pendaki akan bergerak dari puncak bukit yang berkedudukan tinggi hinggalah akhirnya tiba di  bawah bukit yang berkedudukan rendah.

4.Setelah sampai ke bawah bukit, pendaki akan bernafas dengan gas oksigen hingga meresap ke dalam peparu. Pendaki turut membawa protein (yang mewakili protein pembawa) bersama makanan lain yang mengandungi glukosa dan asid amino. Suplemen yang mengandungi ion mineral turut diambil bagi mengekalkan kecergasan. Jadi  pendaki cepat berpeluh pada liang kulitnya(yang mewakili liang protein). Bagi menghilangkan haus, pendaki akan minum air botol yang berjenama Osmosis.


Bio-Informatif

 Ilustrasi gambar di atas diolah kepada ilustrasi seperti di bawah:


 

1)Pengangkutan Aktif (Naik Bukit)

a.Pendaki akan bergerak dari bawah bukit yang berkedudukan rendah hinggalah akhirnya sampai ke puncak bukit yang berkedudukan tinggi. Pergerakannya adalah melawan kecerunan kepekatan.Ini menggambarkan proses pengangkutan aktif iaitu keadaan pergerakan bahan daripada kawasan berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi.

b.Untuk  naik bukit, seseorang menggunakan tenaga yang banyak berbanding dengan turun bukit.  Keadaan ini menggambarkan proses pengangkutan aktif memerlukan penggunaan tenaga.

c. Pendaki  bernasib baik kerana syarikat ATP sudi memberi sumbangan dalam bentuk tenaga dan makanan bagi menjayakan aktiviti ini. Ketika naik bukit, pendaki membawa protein (mewakili protein pembawa) bersama suplemen tambahan (ion mineral) untuk tujuan kecergasan. Dalam penceritaan ini, syarikat ATP mewakili ATP iaitu Adenosine Triphosphate.Yang mana ATP akan menyumbangkan tenaga kepada protein pembawa.  Barulah ion/molekul dapat bergerak melalui protein pembawa.

2)Pengangkutan Pasif (Turun Bukit)
i.Resapan ringkas (simple diffusion)
ii.Resapan berbantu(facilitated dissusion)
iii.Osmosis

a.Ketika turun bukit, pendaki akan bergerak dari puncak bukit yang berkedudukan tinggi hinggalah akhirnya sampai ke bawah bukit yang berkedudukan rendah. Pergerakannya adalah menuruni /mengikut kecerunan kepekatan. Keadaan ini menggambarkan proses pengangkutan pasif (resapan ringkas,resapan berbantu & osmosis)  yang melibatkan keadaan pergerakan bahan daripada kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.

b.Ketika hendak turun bukit, seseorang tidak menggunakan tenaga yang banyak berbanding dengan aktiviti  naik bukit. Keadaan  ini menunjukkan proses pengangkutan pasif tidak menggunakan tenaga.

c.Setelah sampai ke bawah bukit, pendaki akan bernafas dengan gas oksigen hingga meresap ke dalam peparu. Keadaan ini menunjukkan proses resapan ringkas (simple diffussion) . Resapan   ringkas melibatkan pergerakan molekul daripada kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah. Contohnya seperti pengambilan atau resapan gas oksigen ke dalam peparu oleh organisma.

d. Pendaki turut membawa protein (yang mewakili protein pembawa) bersama makanan lain yang mengandungi glukosa dan asid amino. Suplemen yang mengandungi ion mineral turut diambil bagi mengekalkan kecergasan. Jadi  pendaki cepat berpeluh pada liang kulitnya(yang mewakili liang protein).

Keadaan  ini menunjukkan contoh resapan berbantu(facilitated diffusion). Resapan   berbantu melibatkan pergerakan molekul daripada kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah. Yang mana proses resapan berbantu terdiri daripada protein pembawa(carrier protein) dan liang protein (pore protein). Protein pembawa melibatkan glukosa dan amino asid. Manakala liang protein melibatkan ion.


e.Bagi menghilangkan haus, pendaki akan minum air botol yang berjenama Osmosis. Keadaan ini menunjukkan proses osmosis yang melibatkan pergerakan air daripada kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah

Bio- Quranik

Tahukah anda bahawa kitab Al-Quran ada menceritakan tentang resapan udara ketika mendaki tempat tinggi.
 ...nescaya Ia menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke   langit (dengan susah payahnya)..         (al-An’am: 125)
  
Cubalah  kita perhatikan betul-betul sebutan ayat “…dadanya sesak lagi sempit , seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit…”. Perbandingan  itu menunjukkan perubahan pernafasan manusia kesan daripada bertambahnya ketinggian sesuatu tempat. Oleh sebab itu, kita berasa seperti  sukar untuk bernafas sebagaimana yang digambarkan dalam ayat itu.

Apabila jumlah oksigen dalam darah berkurangan daripada keperluan badan, manusia mungkin mengalami sakit kepala, terlampau letih dan sebagainya. Apabila mendaki bukit/gunung, seseorang menggunakan tenaga yang banyak berbanding dengan menuruninya. Keadaan menaiki bukit dapatlah diumpamakan seperti pengangkutan aktif yang memerlukan penggunaan tenaga berbanding pengangkutan pasif.

No comments:

Post a Comment