Monday, July 22, 2013

Bab 5: Pembahagian Sel (Mitosis)

Pembahagian Sel: Mitosis
“Perhimpunan Pelajar”

Bio-Grafik
Perhimpunan pelajar

Proses mitosis

Bio-Inovatif

            Proses interfasa berlaku terlebih dahulu sebelum mitosis. Proses interfasa diibaratkan seperti persediaan awal pelajar yang mengambil sarapan pagi terlebih dahulu untuk tenaga. Kemudiannya pelajar dikehendaki berhimpun dan berbaris bagi mendengar sesi taklimat.
BIL
PERINGKAT
PROSES
1
Profasa
3P 1R (pertama, pendek, padat) (rawak)
- peringkat pertama  apabila pelajar berkumpul
-pelajar kelihatan seperti pendek apabila berkumpul beramai-ramai
-pelajar berada dalam keadaan padat
-pelajar bergerak secara rawak (barisan belum terbentuk lagi)
2
Metafasa
1M 1E (Middle/tengah)(Equator/khatulistiwa)
-barisan mula terbentuk (barisan mewakili gentian gelendung)
-pelajar beratur di tengah-tengah dewan
3
Anafasa
1A (Angkat kaki: berpisah & bergerak)
-pelajar lelaki dan perempuan berpisah ke pintu yang berlawanan
- pelajar lelaki dan perempuan bergerak ke pintu yang berlawanan
4
Telofasa
3T (tamat/terakhir, tiba, two(2)
-peringkat terakhir/tamat dalam perhimpunan pagi
-pelajar tiba di pintu yang berlawanan
- pelajar lelaki dan perempuan berpecah & membentuk 2 kumpulan

Bio-Informatif

            Mitosis ditakrifkan sebagai proses pembahagian nukleus sel induk menjadi 2 sel anak. Yang mana setiap satunya mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik yang seiras dengan sel induk.
            Proses mitosis melibatkan 4 peringkat iaitu profasa, metafasa, anafasa dan telofasa. Proses interfasa berlaku terlebih dahulu sebelum mitosis. Dalam interfasa, sel membuat persediaan mengumpul tenaga sebelum berlakunya mitosis.

BIL
PERINGKAT
PROSES
1
Profasa
3P 1R (pertama, pendek, padat) (rawak)
-profasa adalah peringkat pertama dalam pembahagian sel.
-kromosom berada dalam keadaan pendek
-kromosom berada dalam keadaan padat
-kromosom bergerak secara rawak
 ‘
Metafasa
1M 1E (Middle/tengah)(Equator/khatulistiwa)
-gentian gelendung terbentuk
-kromosom beratur di tengah-tengah sel / pada satah khatulistiwa
3
Anafasa
1A (Angkat kaki: berpisah & bergerak)
-kromosom berpisah ke kutub yang berlawanan
-kromosom bergerak ke kutub yang berlawanan
4
Telofasa
3T (tamat/terakhir, tiba, two(2)
-telofasa adalah peringkat terakhir/tamat dalam pembahagian sel
-kromosom tiba di kutub yang berlawanan
-2 sel baru terbentuk

Bio-Quranik

Tahukah anda bahawa  Tuhan telah menentukan proses pembahagian sel dalam setiap hidupan, contohnya seperti mitosis.

Dari apakah Allah menciptakannya? Dari setitis mani, Allah menciptakannya lalu menentukannya (qaddarahu). Kemudian Dia memudahkan jalannya.”                                           (Abasa:18-20)
            Perkatan “qaddarahu” dalam ayat di atas berasal daripada perkataan Arab “qadara”.  Ia membawa maksud “menyusun, merancang, mengaturcara, melihat masa hadapan dan menentukan takdir (oleh Allah SWT).” Ketika sel sperma bapa mensenyawakan sel ibu, kombinasi gen atau baka ibu bapa menentukan ciri-ciri fizikal bayi yang akan dilahirkan. Setiap satu daripada ribuan gen ini mempunyai fungsi yang khusus.

            Gen-gen ini ada yang menentukan warna mata ataupun rambut, ketinggian, rupa paras, bentuk rangka serta perincian dalam organ-organ dalaman, otak, saraf dan otot. Selain daripada ciri-ciri fizikal,  kawalan keseluruhan sistem ini turut direkodkan dalam gen-gen. Umpamanya, penentuan tekanan darah seseorang sama ada tinggi, rendah ataupun normal bergantung kepada maklumat yang terdapat dalam baka masing-masing.

1 comment:

  1. Titsanium Cartilage Earrings by Titanium Art - TikTok
    Titsanium Art is titanium earrings hoops a collection of the titanium nail latest creation of a T-shirt and an inspired vector art titanium apple watch band inspired by actual human titanium glasses frames beings. urban titanium metallic

    ReplyDelete