Sunday, July 21, 2013

Bab 5: Pembahagian Sel (Kromosom Homolog,Kromosom, Kromatid & Kromatin)

Pembahagian Sel: Kromosom Homolog,Kromosom, Kromatid & Kromatin
“Bunga Oh Bunga”


Bio-Grafik




Bio-Inovatif           
Secara ringkasnya, penceritaan tentang bunga mewakili keadaan seperti berikut:

a)Jambangan bunga terdiri daripada 2 kuntum bunga. Ia mewakili kromosom homolog.

b)Sekuntum  bunga mewakili kromosom.

c)Kelopak bunga pula mewakili kromatid.

d)Biji debunga mewakili kromatin yang menyerupai bebenang halus.


Bio-Informatif





Dalam proses pembahagian  sel, ia melibatkan proses mitosis dan meiosis. Proses pembahagian sel melibatkan nukleus yang bahan genetik. Nukleus mengandungi kromosom. Setiap kromosom terdiri daripada gen yang menentukan sifat-sifat individu setiap organisma. Terdapat perbezaan kromosom antara proses mitosis dan meiosis.
Dalam proses mitosis, kromosom terbentuk daripada sepasang kromatid. Manakala dalam proses meiosis, kromosom homolog terbentuk daripada 2 kromosom. Ketika meiosis I, kromosom homolog terpisah dan membentuk kromosom. Ketika meiosis II, kromosom pula terpisah membentuk kromatid. 

Bio-Quranik

     Tahukah anda bahawa huruf Arab boleh  dibentuk daripada rantai pada kromosom manusia .
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami (ayatinaa) di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka  al-Quran adalah benar...”                                                  (Fussilat: 53)
  Didapati setelah dirangkai dan dicantum, huruf-huruf Arab ini membentuk ayat Al-Quran.  Perkataan “ayatinaa”  dalam ayat di atas  menjelaskan terdapat tanda-tanda kekuasaan Tuhan dalam diri manusia. Pada masa yang sama, perkataan “ayatinaa” sebenarnya membawa maksud “ayat Allah”.
    Seorang saintis iaitu Dr.Ahmad Khan berjaya membuktikan  adanya kromosom yang  menghasilkan ayat-ayat al-Quran. Menurut beliau lagi, terdapat ayat-ayat Tuhan yang terkandung dalam DNA (Deoxy Nucleotide Acid) manusia.  Maka, suatu anggapan dibuat adanya kemungkinan ayat al-Quran yang menjadi sebahagian dari gen manusia.










No comments:

Post a Comment