Komposisi Kimia Dalam Sel: Model Enzim-Substrat-Produk
“Cucur Udang”
Bio-Grafik
Bio-Inovatif
Cucur
udang adalah antara makanan tradisional yang enak dimakan. Proses penyediaan
cucur udang adalah memerlukan penggunaan minyak masak, tepung, udang dan
sebagainya. Semua bahan dicampur dan diadun sehingga sebati di dalam adunan
tepung. Pada masa yang sama,minyak masak dipanaskan di dalam kuali.
Kemudiannya,
adunan tepung dimasukkan ke dalam minyak yang panas. Adunan tepung itu
dibiarkan seketika di dalam minyak panas. Adunan tepung itu akhirnya berubah
bentuk menjadi cucur udang yang menyelerakan. Minyak panas itu boleh digunakan
kembali untuk menggoreng adunan tepung bagi menghasilkan cucur udang
berikutnya.
Bio-Informatif
Mekanisme Tindakan Enzim menyatakan
bahawa molekul substrat adalah substrat adalah sepadan dengan tapak aktif
molekul enzim
Adunan
tepung mewakili substrat. Minyak panas pula mewakili enzim. Yang mana substrat
akan memasuki enzim sebagaimana tepung dimasukkan ke dalam minyak panas. Adunan
tepung yang diletakkan di dalam minyak panas mewakili kompleks enzim-substrat
yang terbentuk.
Kemudiannya, substrat akan berubah
bentuk menjadi produk atau hasil tindak balas. Manakala enzim tidak musnah di
akhir tindak balas. Malahan enzim boleh digunakan lagi untuk tindakbalas
seterusnya sebagaimana minyak masak boleh digunakan lagi untuk tujuan
menggoreng.
Sebagai
contoh, satu proses pencernaan makanan melibatkan substrat lipid bergabung dan
memasuki enzim lipase. Tindak balas berlaku dan menukarkan substrat lipid
kepada hasil tindak balas iaitu asid lemak dan gliserol.
(Enzim Lipase) LipidàAsid lemak + gliserol
Bio- Quranik
Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad SAW mengajar kita semua untuk makan dengan tangan dan menjilat jari setelah habis makan. Para saintis menjumpai banyak enzim yang terkandung di celah jari-jari iaitu 10 kali ganda berbanding yang terdapat dalam air liur.
Kaab bin Malik ada meriwayatkan:
“Rasulullah makan sesuatu dengan menggunakan tiga jari
dan baginda menjilat jari-jari sebelum mengesat tangan.” (Muslim)
|
Enzim sebenarnya adalah sejenis mangkin bagi pencernaan
makanan. Tanpa kehadiran enzim, proses penghadaman makanan dalam badan menjadi
tidak sempurna dan dapat mendatangkan penyakit.
No comments:
Post a Comment