Monday, July 22, 2013

Bab 5: Pembahagian Sel (Meiosis)

Pembahagian Sel: Meiosis
“Lari Ikat Kaki”

Bio-Grafik

Lari ikat kaki

Proses Meiosis


Bio-Inovatif

            Proses interfasa juga berlaku terlebih dahulu sebelum meiosis. Proses interfasa diibaratkan seperti persediaan awal pelajar yang mengambil sarapan pagi terlebih dahulu untuk mendapatkan tenaga. Kemudiannya pelajar dikehendaki berhimpun dan berbaris untuk acara sukaneka iaitu lari ikat kaki. Acara lari ikat kaki mempertandingkan acara awal dan acara akhir.

Acara Awal (Meiosis I)
2 pelajar mengikat kaki (kromosom homolog)
BIL
PERINGKAT
PROSES
1
Profasa I
4P 1R (pertama, pendek, padat,pindah silang) (rawak)
- peringkat pertama  apabila pelajar berkumpul
-pelajar kelihatan seperti pendek apabila berkumpul beramai-ramai
-pelajar berada dalam keadaan padat
-pelajar mencari pasangan (sinapsis)
-pelajar mengikat kaki dengan pasangan masing-masing(pindah silang)
-pelajar bergerak secara rawak (barisan belum terbentuk lagi)
2
Metafasa I
1M 1E (Middle/tengah)(Equator/khatulistiwa)
-barisan mula terbentuk (barisan mewakili gentian gelendung)
-pelajar beratur di tengah-tengah dewan
3
Anafasa I
1A (Angkat kaki: berpisah & bergerak)
-pelajar berpisah ke arah yang berlawanan
- pelajar bergerak ke arah yang berlawanan
4
Telofasa I
3T (tamat/terakhir, tiba, two(2)
-peringkat terakhir/tamat
-pelajar tiba di arah yang berlawanan
- membentuk 2 kumpulan

Acara Akhir (Meiosis II)
1 pelajar dengan kaki terikat (kromosom)
BIL
PERINGKAT
PROSES
1
Profasa II
3P 1R (pertama, pendek, padat) (rawak)
- peringkat pertama  apabila pelajar berkumpul
-pelajar kelihatan seperti pendek apabila berkumpul beramai-ramai
-pelajar berada dalam keadaan padat
-pelajar bergerak secara rawak (barisan belum terbentuk lagi)
2
Metafasa II
1M 1E (Middle/tengah)(Equator/khatulistiwa)
-barisan mula terbentuk (barisan mewakili gentian gelendung)
-pelajar beratur di tengah-tengah
3
Anafasa II
1A (Angkat kaki: berpisah & bergerak)
-pelajar berpisah ke arah yang berlawanan
- pelajar bergerak ke arah yang berlawanan
4
Telofasa II
3T (tamat/terakhir, tiba, two(2)
-peringkat terakhir/tamat
-pelajar tiba di arah yang berlawanan
- membentuk 2 kumpulan

Bio-Informatif

            Meiosis ditakrifkan sebagai proses pembahagian nukleus yang mengurangkan bilangan kromosom dalam sel baharu menjadi separuh bilangan kromosom dalam sel induk. Dalam manusia, meiosis mengahsilkan sel pembiakan atau gamet. Organisma jantan menghasilkan gamet jantan( sperma) dan organisma betina menghasilkan gamet betina (ovum).
            Proses meiosis dibahagikan kepada meiosis I dan meiosis II.  Meiosis  I melibatkan profasa I, metafasa I, anafasa I dan telofasa I. Meiosis II melibatkan profasa II, metafasa II, anafasa II dan telofasa II.  Proses interfasa berlaku terlebih dahulu sebelum meiosis. Dalam interfasa, sel membuat persediaan mengumpul tenaga sebelum berlakunya meiosis.
Meiosis I
BIL
PERINGKAT
PROSES
1
Profasa I
5P 1R (pertama, pendek, padat, pindah silang) (rawak)
-profasa adalah peringkat pertama dalam pembahagian sel.
-kromosom homolog berada dalam keadaan pendek
-kromosom homolog berada dalam keadaan padat
-kromosom homolog berpasangan (sinapsis)
-kromosom homolog melakukan pindah silang (pertukaran maklumat DNA)
-kromosom homolog bergerak secara rawak
 ‘
Metafasa I
1M 1E (Middle/tengah)(Equator/khatulistiwa)
-gentian gelendung terbentuk
-kromosom homolog beratur di tengah-tengah sel / pada satah khatulistiwa
3
Anafasa I
1A (Angkat kaki: berpisah & bergerak)
-kromosom homolog  berpisah ke kutub yang berlawanan
-kromosom homolog bergerak ke kutub yang berlawanan
4
Telofasa I
3T (tamat/terakhir, tiba, two(2)
-telofasa adalah peringkat terakhir/tamat dalam pembahagian sel
-kromosom tiba di kutub yang berlawanan
-2 sel baru terbentuk

Meiosis II
BIL
PERINGKAT
PROSES
1
Profasa II
3P 1R (pertama, pendek, padat) (rawak)
-profasa adalah peringkat pertama dalam pembahagian sel.
-kromosom  berada dalam keadaan pendek
-kromosom  berada dalam keadaan padat
-kromosom bergerak secara rawak
 2
Metafasa II
1M 1E (Middle/tengah)(Equator/khatulistiwa)
-gentian gelendung terbentuk
-kromosom beratur di tengah-tengah sel / pada satah khatulistiwa
3
Anafasa II
1A (Angkat kaki: berpisah & bergerak)
-kromosom  berpisah ke kutub yang berlawanan
-kromosom bergerak ke kutub yang berlawanan

4
Telofasa II
3T (tamat/terakhir, tiba, two(2)
-telofasa adalah peringkat terakhir/tamat dalam pembahagian sel
-kromosom tiba di kutub yang berlawanan
-2 sel baru terbentuk (kesemua sel baru yang terhasil dari meiosis I & Meiosis II adalah 4)

Bio-Quranik

Tahukah anda bahawa  Tuhan telah menceritakan berkaitan proses pembiakan manusia, yang turut melibatkan proses meiosis.
 Kemudian Kami jadikan  saripati itu air mani (nutfah) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah (alaqah), lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging (mudghah), dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”      (al-Mu’minuun: 13-14)
          Berdasarkan ayat di atas, “nutfah ataupun “titisan” bermaksud sperma ataupun spermatozoa. Tafsiran lain turut merujuk  kepada zigot yang membahagi untuk membentuk blastosis yang menempel pada tempat yang kukuh (dinding uterus atau dinding rahim). Perkataan Arab “alaqah” pula membawa makna “sesuatu yang melekat atau bergantung”. Perkataan ini juga  merujuk kepada maksud  “pacat” serta “suatu buku atau ketulan darah”.
            Ini adalah gambaran yang sesuai bagi menerangkan bentuk embrio manusia pada hari ke 7-24 ketika mana ia bergantung kepada endometrium tulang. Didapati embrio antara hari ke 23-24 menyerupai seekor pacat. Ketika al-Quran diturunkan, peralatan mikroskop masih belum wujud lagi. Pada masa itu, pakar perubatan juga tidak mengetahui embrio manusia kelihatannya seperti pacat.

No comments:

Post a Comment