Friday, July 19, 2013

Bab 4: Komposisi Kimia Dalam Sel ( Faktor Mempengaruhi Tindakbalas Enzim)

Komposisi Kimia Dalam Makanan: Faktor Mempengaruhi Tindak Balas Enzim
“Graf Tomyam”

Bio-Grafik


Bio-Inovatif
Graf  tomyam boleh dibuat perbandingan sebagai  graf bagi faktor yang mempengaruhi tindak balas enzim:
1. Kepanasan vs Kadar Selera Makan …..Suhu vs Kadar Tindak Balas Enzim
2. 3 Citarasa vs Kadar Selera Makan ….. pH vs Kadar Tindak Balas Enzim
3.  Campuran Bahan vs Kadar Selera Makan…Kepekatan Substrat vs Kadar Tindak Balas Enzim
4. Kepedasan vs Kadar Selera Makan ….. Kepekatan Enzim vs Kadar Tindak Balas Enzim

 1.Kepanasan vs Kadar Selera Makan

(a)Pada tahap kepanasan rendah(0°c), tomyam berada dalam keadaan sejuk. Kadar selera makan menjadi rendah.
(b)Pada tahap kepanasan optimum (37°c), tomyam menjadi panas dan sesuai untuk dimakan. Kadar selera makan menjadi agak tinggi.
(c)Pada tahap kepanasan yang sangat tinggi (60°c), tomyam menjadi terlampau panas. Kadar selera makan menurun sehinggakan tomyam tidak dimakan sama sekali.



2.3 Citarasa vs Kadar Selera Makan



a) Kakak, adik dan emak mempunyai 3 citarasa tomyam yang berbeza antara satu sama lain.
b )Kakak lebih menggemari hidangan tomyam yang mempunyai rasa masam.
c )Adik lebih menggemari hidangan tomyam yang mempunyai rasa  tawar.
d ) Emak pula menggemari hidangan tomyam yang mempunyai rasa sedikit pahit.


3. Campuran Bahan vs Kadar Selera Makan


a)Kadar selera makan menjadi sedikit jika hanya sedikit campuran bahan diletakkan di dalam tomyam.
b)Kadar selera makan bertambah jika diletakkan banyak campuran bahan ke dalam tomyam, contohnya seperti ayam dan makanan laut.
c)Tetapi jika diletakkan terlalu banyak campuran bahan ke dalam tomyam, ia membantutkan selera makan. Kadar selera makan mendatar.


4.Kepedasan vs Kadar Selera Makan


a)Kadar selera makan menjadi sedikit jika tiada cili diletakkan di dalam tomyam. Tomyam menjadi kurang pedas.
b)Kadar selera makan bertambah jika diletakkan cili ke dalam tomyam dan menjadi pedas.
c)Tetapi jika diletakkan terlalu banyak cili ke dalam tomyam, ia membantutkan selera makan. Kadar selera makan mendatar.


Bio-Informatif

1.Suhu vs Kadar Tindak Balas Enzim


a)Pada suhu yang rendah, kadar tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim adalah rendah.
b) Apabila suhu meningkat, molekul substrat bergerak dengan lebih pantas. Kadar tindak balas antara enzim dan substrat dipercepat.
c) Selepas suhu optimum, peningkatan suhu seterusnya tidak dapat meningkatkan lagi kadar tindak balas.
d)Pada suhu 60°c, kadar tindak bals enzim menurun kerana enzim ternyahasli yakni enzim hilang struktur asalnya.

2.pH vs Kadar Tindak Balas Enzim


a)pH optimum ialah pH yang mana kadar tindak balas adalah maksimum.          
b) Enzim pepsin dalam perut berfungsi dalam keadaan berasid (pH 2).
c) Kebanyakan enzim dapat berfungsi secara optimum dalam julat pH neutral antara 6 hingga 8. Contohnya enzim amylase.



3.Kepekatan Substrat vs Kadar Tindak Balas Enzim


a)Apabila kepekatan substrat bertambah, lebih banyak substrat bergabung dengan tapak aktif enzim dan kadar tindak balas bertambah.
b) Kadar tindak balas enzim berkadar terus dengan kepekatan substrat hingga tindak balas mencapai kadar maksimum.
c)Selepas kadar maksimum, kepekatan enzim menjadi faktor menjadi faktor pengehad.





4. Kepekatan Enzim vs Kadar Tindak Balas Enzim


a)Apabila kepekatan enzim bertambah, maka lebih banyak molekul enzim & kadar tindak balas meningkat.
b)Kadar tindak balas enzim berkadar terus dengan kepekatan enzim hingga mencapai kadar maksimum.
c)Selepas kadar maksimum, kepekatan enzim menjadi faktor menjadi faktor pengehad.

Bio-Quranik

     Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad menganjurkan kita untuk menjamah makanan dengan menggunakan tangan kanan. Kajian sains menunjukkan tangan kanan kita sebenarnya mengeluarkan 3 jenis enzim yang membantu proses penghadaman makanan.

“Jangan makan seorang pun dari kamu dengan kiri, begitu juga jangan minum dengannya kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.”                      (Riwayat Muslim)
     Sebaliknya tangan kiri sesuai digunakan untuk beristinjak memandangkan enzim yang dikeluarkan adalah lebih banyak bagi membersihkan najis. Oleh sebab itu, kita disarankan menggunakan tangan kanan untuk makan dan tangan kiri ketika beristinjak.


No comments:

Post a Comment