Bab 2: Struktur & Organisasi Sel
(Ribosom, Retikulum Endoplasma & Jasad Golgi)
Bio-Grafik
Bio-Inovatif
Industri
membuat keropok lekor berkembang maju di Terengganu. Bekalan ikan segar
diperoleh bagi menghasilkan keropok
lekor yang enak. Keropok lekor yang lebih kasar dan diperbuat daripada banyak
ikan lebih digemari oleh pelanggan berbanding keropok lekor yang lebih licin
dan kurang kandungan ikan.
Kebiasaannya,
sumber ikan yang segar mudah daripada pasar nelayan. Pada peringkat awal, ikan-ikan dibersihkan dan dibuang tulang sebelum
diubahsuai. Kemudiannya, isi-isi ikan ini dibungkus cantik-cantik dengan jenama
yang tersendiri. Akhirnya, keropok lekor yang sudah siap dipasarkan dan
diangkut ke kedai-kedai lain.
Bio-Informatif
Bio-Inovatif
|
Mewakili
|
Bekalan ikan
|
Ribosom
|
Keropok lekor kasar
Keropok lekor licin & bersagu
|
Jalinan endoplasma kasar
Jalinan endoplasma licin
|
Pusat pemprosesan keropok
|
Jasad Golgi
|
Secara
ringkasnya, perbandingan di atas mewakili bahagian-bahagian yang terlibat
menurut pengetahuan Biologi. Bekalan ikan yang mengansungi sumber protein
digunakan untuk mewakili ribosom. Yang mana ribosom berfungsi sebagai tapak
sintesis protein.
Terdapat 2 jenis keropok yang
berbeza. Keropok lekor yang mempunyai rasa kasar mewakili jalinan endoplasma
kasar. Ini kerana keropok ini diperbuat daripada banyak ikan dan sesuai
menunjukkan adanya ribosom yang berkaitan tentang protein.
Keropok lekor yang mempunyai rasa
licin mewakili jalinan endoplasma licin. Keropok ini mempunyai sagu dan kurang
mengandungi ikan. Maka bertepatanlah dengan jalinan endoplasma licin yang tidak
mempunyai ribosom.
Pusat pemprosesan keropok pula
mewakili Jasad Golgi. Di tempat pemprosesan keropok, aktiviti-aktiviti yang
terlibat ialah seperti memproses ikan menjadi keropok, membungkus keropok dalam
plastik pembungkus dan seterusnya produk keropok diangkut ke kedai-kedai yang
lain untuk dijual. Maka ada persamaanlah
dengan Jasad Golgi yang terlibat dalam proses pemprosesan, pembungkusan,
pengangkutan.
Bio-Quranik
Tuhan ada menceritakan di dalam Al-Quran
perihal unsur protein seperti darah dan susu.Bahan-bahan asas yang memberi khasiat kepada tubuh badan
datangnya daripada kesan perubahan kimia dalam sistem penghadaman.
“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. (an-Nahl: 66)
Darah berperanan penting dalam pengumpulan
makanan daripada bahan-bahan yang dimakan. Melalui sistem peredaran darah,
makanan-makanan akhirnya sampai ke
organ-organ yang berkaitan. Seperti tisu-tisu badan yang lain,
kelenjar-kelenjar susu turut disuburkan oleh makanan-makanan yang dibawa oleh
darah.
No comments:
Post a Comment