Sel
Haiwan & Sel Tumbuhan
“Rumahku
Syurgaku”
Bio-Inovatif
Pelan rumah yang tidak lengkap
seperti rajah di atas mewakili sel
haiwan. Sebaliknya pelan rumah yang
lengkap pula mewakili sel tumbuhan.
Kedua-dua pelan rumah ini menunjukkan persamaan
dengan adanya seorang bapa, pintu pagar, halaman rumah, sosej dan tong sampah.
Sebaliknya kedua-dua pelan ini mempunyai perbezaan
dari segi dapur, pasu bunga serta dinding tembok.
Bapa
berperanan sebagai ketua keluarga yang mengawal
aktiviti dalam rumah. Daripada genetik
bapa, maka lahirlah zuriat keturunannya. Bapa sebenarnya mewakili nukleus di dalam sel haiwan dan
tumbuhan. Fungsi nukleus adalah untuk mengawal
aktiviti sel dan mempunyai maklumat
genetik.
Dengan
adanya pintu pagar, ia bertindak
untuk mengawal pergerakan keluar masuk
setiap ahli keluarga daripada rumah. Ia mempunyai persamaan dengan peranan membran sel yang juga mengawal pergerakan bahan keluar masuk
daripada sel.
Halaman rumah
menjadi tempat bagi setiap ahli keluarga menjalankan
aktiviti bersama. Halaman rumah mewakili sitoplasma. Di dalam sel haiwan dan tumbuhan, sitoplasma berfungsi
sebagai medium bagi tindak balas kimia.
Sosej
merujuk kepada makanan bagi setiap ahli rumah. Bentuk sosej mewakili
mitokondrion yang berfungsi untuk
membekalkan tenaga kepada sel. Manakala tong sampah mewakili lisosom.
Memandangkan tong sampah digunakan untuk membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan
seperti sosej yang sudah rosak serta bahan-bahan terbuang yang lain. Begitu
juga dengan lisosom, ia berfungsi untuk membuang mitokondria dan organel yang
rosak.
Hanya pelan rumah yang lengkap sahaja
mempunyai dapur, pasu bunga dan dinding tembok. Dapur digunakan sebagai tempat simpanan makanan, air dan garam
mineral seperti gula dan garam. Dapur sebenarnya mewakili vakuol di dalam sel tumbuhan. Yang mana
fungsi vakuol adalah untuk menyimpan makanan,
air dan garam mineral.
Pasu bunga
pula mengandungi tumbuhan yang menghijau. Pasu bunga mewakili kloroplas di dalam sel tumbuhan.
Kloroplas mempunyai warna yang hijau dan
digunakan oleh tumbuhan untuk membuat
makanannya sendiri.
Sebaliknya dinding tembok dibina untuk melindungi setiap ahli keluarga daripada gangguan luar ataupun musuh. Dinding tembok juga dapat memberi sokongan dan bentuk kepada rumah yang berada di bahagian dalamnya. Dinding tembok pula mewakili dinding sel di dalam sel tumbuhan. Fungsinya adalah untuk memberi perlindungan dan sokongan kepada sel tumbuhan.
Sebaliknya dinding tembok dibina untuk melindungi setiap ahli keluarga daripada gangguan luar ataupun musuh. Dinding tembok juga dapat memberi sokongan dan bentuk kepada rumah yang berada di bahagian dalamnya. Dinding tembok pula mewakili dinding sel di dalam sel tumbuhan. Fungsinya adalah untuk memberi perlindungan dan sokongan kepada sel tumbuhan.
Bio-Informatif
SEL HAIWAN
|
STRUKTUR SEL
|
SEL TUMBUHAN
|
Tiada
|
Dinding Sel
|
Ada
|
Tiada
|
Kloroplas
|
Ada
|
Tiada
/ kecil , banyak
|
Vakuol
|
Besar
/ satu, sedikit
|
Tidak
tetap
|
Bentuk
|
Tetap
|
Memenuhi
sel
|
Sitoplasma
|
Lapisan
yang nipis
|
STRUKTUR SEL
|
FUNGSI
|
Membran
sel
|
Mengawal
pergerakan bahan keluar masuk daripada sel
|
Sitoplasma
|
Medium
tindakbalas untuk proses kimia
|
Nukleus
|
Mengawal
aktiviti sel & mempunyai genetik
|
Dinding
sel
|
Memberi
sokongan dan perlindungan
|
Vakuol
|
Menyimpan
air dan garam mineral
|
Kloroplas
|
Terlibat
dalam proses tumbuhan membuat makanan.
|
Lisosom
|
Membuang
mitokondria dan organel yang rosak
|
Mitokondria
|
Membekalkan
tenaga kepada sel
|
“… Tidak ada tersembunyi daripadaNya
sebesar zarahpun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak ada
(pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuzh).” (Saba’:3)
|
No comments:
Post a Comment