Pembahagian Sel: Meiosis
“Lari Ikat Kaki”
Bio-Grafik
Lari ikat kaki
Proses Meiosis
Bio-Inovatif
Proses interfasa juga berlaku
terlebih dahulu sebelum meiosis. Proses interfasa diibaratkan seperti
persediaan awal pelajar yang mengambil sarapan pagi terlebih dahulu untuk mendapatkan
tenaga. Kemudiannya pelajar dikehendaki berhimpun dan berbaris untuk acara
sukaneka iaitu lari ikat kaki. Acara lari ikat kaki mempertandingkan acara awal
dan acara akhir.
Acara Awal (Meiosis I)
2
pelajar mengikat kaki (kromosom homolog)
BIL
|
PERINGKAT
|
PROSES
|
1
|
Profasa I
|
4P 1R (pertama, pendek, padat,pindah silang) (rawak)
-
peringkat pertama apabila pelajar berkumpul
-pelajar
kelihatan seperti pendek apabila
berkumpul beramai-ramai
-pelajar
berada dalam keadaan padat
-pelajar
mencari pasangan
(sinapsis)
-pelajar
mengikat
kaki dengan pasangan masing-masing(pindah silang)
-pelajar
bergerak secara rawak (barisan
belum terbentuk lagi)
|
2
|
Metafasa I
|
1M 1E (Middle/tengah)(Equator/khatulistiwa)
-barisan mula terbentuk (barisan mewakili gentian gelendung)
-pelajar beratur di tengah-tengah
dewan
|
3
|
Anafasa I
|
1A (Angkat kaki: berpisah & bergerak)
-pelajar berpisah ke arah yang berlawanan
- pelajar bergerak ke arah yang berlawanan
|
4
|
Telofasa I
|
3T
(tamat/terakhir, tiba,
two(2)
-peringkat terakhir/tamat
-pelajar tiba di arah yang berlawanan
- membentuk 2 kumpulan
|
Acara Akhir (Meiosis II)
1
pelajar dengan kaki terikat (kromosom)
BIL
|
PERINGKAT
|
PROSES
|
1
|
Profasa II
|
3P 1R (pertama, pendek, padat) (rawak)
-
peringkat pertama apabila pelajar berkumpul
-pelajar
kelihatan seperti pendek apabila
berkumpul beramai-ramai
-pelajar
berada dalam keadaan padat
-pelajar
bergerak secara rawak (barisan
belum terbentuk lagi)
|
2
|
Metafasa II
|
1M 1E (Middle/tengah)(Equator/khatulistiwa)
-barisan mula terbentuk (barisan mewakili gentian gelendung)
-pelajar beratur di tengah-tengah
|
3
|
Anafasa II
|
1A (Angkat kaki: berpisah & bergerak)
-pelajar berpisah ke arah yang berlawanan
- pelajar bergerak ke arah yang berlawanan
|
4
|
Telofasa II
|
3T
(tamat/terakhir, tiba,
two(2)
-peringkat terakhir/tamat
-pelajar tiba di arah yang berlawanan
- membentuk 2 kumpulan
|
Bio-Informatif
Meiosis ditakrifkan sebagai proses
pembahagian nukleus yang mengurangkan bilangan kromosom dalam sel baharu
menjadi separuh bilangan kromosom dalam sel induk. Dalam manusia, meiosis
mengahsilkan sel pembiakan atau gamet. Organisma jantan menghasilkan gamet
jantan( sperma) dan organisma betina menghasilkan gamet betina (ovum).
Proses meiosis dibahagikan kepada meiosis
I dan meiosis II. Meiosis I melibatkan profasa I, metafasa I, anafasa I
dan telofasa I. Meiosis II melibatkan profasa II, metafasa II, anafasa II dan
telofasa II. Proses interfasa berlaku
terlebih dahulu sebelum meiosis. Dalam interfasa, sel membuat persediaan
mengumpul tenaga sebelum berlakunya meiosis.
Meiosis I
BIL
|
PERINGKAT
|
PROSES
|
1
|
Profasa I
|
5P 1R (pertama, pendek, padat, pindah silang) (rawak)
-profasa
adalah peringkat pertama
dalam pembahagian sel.
-kromosom
homolog berada dalam keadaan pendek
-kromosom
homolog berada dalam keadaan padat
-kromosom homolog berpasangan (sinapsis)
-kromosom
homolog melakukan pindah silang (pertukaran
maklumat DNA)
-kromosom
homolog bergerak secara rawak
|
‘
|
Metafasa I
|
1M 1E (Middle/tengah)(Equator/khatulistiwa)
-gentian gelendung terbentuk
-kromosom homolog beratur di tengah-tengah
sel / pada satah
khatulistiwa
|
3
|
Anafasa I
|
1A (Angkat kaki: berpisah & bergerak)
-kromosom homolog berpisah ke kutub yang berlawanan
-kromosom homolog bergerak ke kutub yang berlawanan
|
4
|
Telofasa I
|
3T
(tamat/terakhir, tiba,
two(2)
-telofasa adalah peringkat terakhir/tamat
dalam pembahagian sel
-kromosom tiba di kutub yang berlawanan
-2 sel baru terbentuk
|
Meiosis II
BIL
|
PERINGKAT
|
PROSES
|
1
|
Profasa II
|
3P 1R (pertama, pendek, padat) (rawak)
-profasa
adalah peringkat pertama
dalam pembahagian sel.
-kromosom berada dalam keadaan pendek
-kromosom berada dalam keadaan padat
-kromosom
bergerak secara rawak
|
2
|
Metafasa II
|
1M 1E (Middle/tengah)(Equator/khatulistiwa)
-gentian gelendung terbentuk
-kromosom beratur di tengah-tengah
sel / pada satah
khatulistiwa
|
3
|
Anafasa II
|
1A (Angkat kaki: berpisah & bergerak)
-kromosom berpisah ke kutub yang berlawanan
-kromosom bergerak ke kutub yang berlawanan
|
4
|
Telofasa II
|
3T
(tamat/terakhir, tiba,
two(2)
-telofasa adalah peringkat terakhir/tamat
dalam pembahagian sel
-kromosom tiba di kutub yang berlawanan
-2 sel baru terbentuk (kesemua sel baru yang
terhasil dari meiosis I & Meiosis II adalah 4)
|
Bio-Quranik
Tahukah anda
bahawa Tuhan telah menceritakan
berkaitan proses pembiakan manusia, yang turut melibatkan proses meiosis.
“Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (nutfah) dalam
tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal
darah (alaqah), lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging
(mudghah), dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang,
lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan
dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang
Paling Baik.” (al-Mu’minuun: 13-14)
Berdasarkan ayat di atas, “nutfah” ataupun “titisan”
bermaksud sperma ataupun spermatozoa. Tafsiran lain turut merujuk kepada zigot yang membahagi untuk membentuk
blastosis yang menempel pada tempat yang kukuh (dinding uterus atau dinding
rahim). Perkataan Arab “alaqah” pula membawa makna “sesuatu yang melekat
atau bergantung”. Perkataan ini juga
merujuk kepada maksud “pacat”
serta “suatu buku atau ketulan darah”.
Ini adalah gambaran yang sesuai
bagi menerangkan bentuk embrio manusia pada hari ke 7-24 ketika mana ia
bergantung kepada endometrium tulang. Didapati embrio antara hari ke 23-24
menyerupai seekor pacat. Ketika al-Quran diturunkan, peralatan mikroskop masih
belum wujud lagi. Pada masa itu, pakar perubatan juga tidak mengetahui embrio
manusia kelihatannya seperti pacat.